Monday, 31 December 2012

WELCOME TO KK JERAI TRAVEL & TOURISM BLOG


 KOLEJ KOMUNITI  JERAI

KOLEJ KOMUNITI JERAI telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2007 bertempat di lot 7, Jalan Delima 1, Taman Delima, 08800 Guar Chempedak, Kedah Darul Aman. Pada peringkat awal hanya seorang staff (pensyarah kursus pendek KKBD) di tempatkan untuk mempromosi kursus-kursus pembelajaran sepanjang hayat di sekitar Jerai.
Bermula Sesi Julai 2008 Kolej Komuniti Cawangan Jerai telah membuka peluang kepada pelajar-pelajar lepasan SPM untuk mengikuti Kursus Sijil Pengembaraan dan Pelancongan. Namun bermula pada Julai 2010 Program Sijil Modular Kebangsaan pula diperkenalkan sejajar dengan perkembangan dan perubahan dalam sektor pendidikan. Kursus ini bersesuaian dengan persekitaran di daerah ini yang terkenal dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik seperti Rimba Rekreasi Gunung Jerai, Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Sri Perigi, Rekreasi Pantai Murni, Rekreasi Batu Hampar dan Jambatan Pulau Bunting.


SIJIL MODULAR KEBANGSAAN DI KOLEJ KOMUNITI JERAI

Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang dtawarkan di kolej-kolej komuniti mulai Julai 2010 ialah selaras dengan Pelan Transformasi Kolej komuniti iaitu :
·         Program Bermatlamatkan Pembelajaran Sepanjang Hayat
·         Program Menjadi kolej Komuniti sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat
·         Program Berteraskan Kemahiran dan kebolehkerjaan
·         Program memenuhi keperluan komuniti
Rasional pelaksanaan Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan yang dikenali Sijil Modelar Kebangsaan adalah :
  • Untuk mewujudkan dan menyediakan laluan alternatif kepada lepasan menengah.
·         Untuk menganjur dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan.
·         Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula bagi keperluan tenaga kerja setempat.
·         Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosioekonomi di kalangan pelanggan setempat.
·         Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pilihan yang berpusatkan komuniti.
Di Kolej Komuniti Cawangan Jerai, tersedia menyahut dan menawarkan program-program Sijil Modular Kebangsaan iaitu:
·         SMK 1- SIJIL PEMANDUAN PELANCONGAN BANDAR (6 BULAN)
·         SMK 2- SIJIL PEMANDUAN PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI (6 BULAN)
·         SMK 3- SIJIL KETUA ROMBONGAN PELANCONGAN (4 BULAN)
·         SMK 4-SIJIL PEMANDU PELANCONG SETEMPAT (4 BULAN)
PENGENALAN PROGRAM SIJIL MODULAR KEBANGSAAN (SMK) & SIJIL KOLEJ KOMUNITI (SKK)
Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) adalah program latihan kemahiran jangka pendek (3 hingga 6 bulan) yang berasaskan proses kerja sebenar yang merangkumi kopetensi teknikal,pengetahuan dan sosial. SMK mengandungi set kemahiran minima di dalam sesuatu skop kerja. Kurikulum ini adalah berbentuk Outcome-Based Education dan Competency-Based Education. Ia mengandungi satu set Aktiviti Pembelajaran dan Latihan (Learn and Practice Activities) atau LnP yang disusun mengikut Arena Pembelajaran (Learning Area) atau LA. Manakala SKK pula adalah pakej kepada beberapa SMK yang digabungkan bersama dengan modul wajib tertakluk syarat-syarat yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF KURSUS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti, berteknologi tinggi dan holistic dengan
  • Menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua peringkat masyarakat;
  • Menganjurkan dan menyediakan pembelajaran sepanjang hayat untuk menjadikan komuniti berpengetahuan (K-COMMUNITY);
  • Menganjurkan dan menyediakan latihan peningkatan kemahiran (UP-SKILLING), latihan pemantapan kemahiran (RE-SKILLING), dan latihan sangkutan (ATTACHMENT TRAINING) untuk keperluan tenaga kerja setempat;
  • Mewujudkan dan menganjurkan rangkaian strategik dan pakatan strategik dengan komuniti setempat dan pemegang taruh (STAKEHOLDERS); dan
  • Menyediakan kemudahan, perkhidmatan dan system pembelajaran yang kondusif dan berkualiti.
KELEBIHAN KURSUS INI
Sijil Modular Kebangsaan adalah merupakan program latihan kemahiran jangka pendek (3 hingga 6 bulan) yang berdasarkan ciri-ciri berikut:
·         Setiap Sjil Modular Kebangsaan mewakili set kemahiran minimum yang membolehkan seseorang mendapatkan pekerjaan.
·         Setiap SMK akan membawa jumlah jam kredit yang akan diluluskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Ianya bertujuan pengumpulan mata kredit untuk persijilan yang lebih tinggi.
·         SMK boleh disampaikan dengan pelbagai kaedah seperti sepenuh masa, separuh masa, perantisan, work-based learning, production based education dan boleh digunakan untuk tujuan pengiktirafan pencapaian terdahulu.
 
MODUL YANG DIPELAJARI
  • Pra- Lawatan dan Pos - Lawatan
  • Kendali Aktiviti Lawatan
  • Aktiviti Eko-Pelancongan Darat
  • Aktiviti Eko-Pelancongan Akua
  • Komentar Alam Semulajadi
KERJAYA
Kursus ini digubal untuk membina generasi pekerja masa depan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta boleh berkhidmat dan menyumbang secara berkesan di dalam sektor pelancongan sebagai
  • Pemandu Pelancong Bandar;
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi dan
  • Pemandu Pelancong Setempat





SYARAT LAYAK MEMOHON
  • Calon mestilah Warganegara
  • Berumur 17 tahun keatas
IKLAN KEMASUKAN
Iklan kemasukan diuruskan oleh JPKK/KPT, menerusi akhbar-akhbar utama tempatan dan laman web http://upu.mohe.gov.my dan http://www.jpkk.edu.my
KEMASUKAN JULAI 2013
Bagi kemasukan Julai 2013 KK Jerai akan menawarkan program Sepenuh Masa selama 16 bulan bagi SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN. Pelajar -pelajar lepasan SPM adalah digalakkan untuk memohon bagi mengikuti pengajian pelancongan di KK JERAI.

SYARAT KEMASUKAN
·        WARGANEGARA MALAYSIA
·        BERUMUR 17TAHUN KEATAS
·        LULUS SPM/SPMV ATAU SETARA DENGANNYA
·        KEPUJIAN DALAM MANA-MANA SATU(1) MATA PELAJARAN

BIDANG KERJAYA LULUSAN
Pelajar yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya boleh memulakan perniagaan sendiri, bekerja sebagai
  • Pemandu Pelancong
  • Ketua Rombongan
  • Pemandu Pelancong Bandar
  • Pemandu Pelancong Alam Semulajadi
  • Mengusahakan Perniagaan berkaitan Pelancongan dan Rekreasi
  • Atau menyambung pelajaran ke peringkat diploma di mana-mana IPTA


SINOPSIS PROGRAM
Sijil Modular Kebangsaan
PEMANDUAN PELANCONGAN BANDAR                                              6 BULAN
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam pemanduan pelancong bandar. Ini termasuk pendedahan kepada mengendalikan aktiviti-aktiviti pra-lawatan, melakukan ‘transfer’, mengendalikan pelbagai jenis ‘tour’, melakukan komentar-komentar untuk pelancongan bandar, warisan, eko dan acara serta mengendalikan operasi ‘tour’. Peserta akan juga diberikan latihan berkomunikasi sebagai seorang Pemandu Pelancong profesional serta langkah-langkah keselamatan dan kesihatan. Di akhir kursus ini, peserta boleh menduduki peperiksaan untuk menjadi Pemandu Pelancong profesional.
Sijil Modular Kebangsaan
PEMANDUAN PELANCONGAN ALAM SEMULAJADI                             6 BULAN
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam pemanduan pelancong alam semulajadi. Ini termasuk pendedahan kepada mengendalikan aktiviti-aktiviti pra-lawatan, melakukan ‘transfer’, mengendalikan pelbagai jenis ‘tour’ alam semulajadi di seluruh negara, melakukan komentar-komentar untuk pelancongan alam semulajadi serta mengendalikan pelbagai aktiviti-aktiviti rekreasi seperti aktiviti air, hiking, trekking, caving dan lain lain. Peserta akan juga diberikan latihan berkomunikasi sebagai seorang Pemandu Pelancong alam semulajadi serta mengenal hutan dan hidupan liar. Di akhir kursus ini, peserta boleh menduduki peperiksaan untuk menjadi Pemandu Pelancong alam semulajadi.
Sijil Modular Kebangsaan
KETUA ROMBONGAN PELANCONGAN                                                    4 BULAN
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam menjadi ketua rombongan melancong ke luar negara. Ini termasuk pendedahan kepada mengendalikan aktiviti-aktiviti pra-lawatan, mengendalikan logistik dan keperluan pelancong, berkomunikasi dengan agensi-agensi luar Negara, mengendalikan keperluan pengangkutan dan penginapan. Peserta akan juga diberikan latihan berkomunikasi sebagai seorang ketua rombongan pelancongan.
Sijil Modular Kebangsaan
PEMANDUAN PELANCONGAN SETEMPAT (ON-SITE GUIDE)                  4 BULAN
Peserta akan diberi latihan kemahiran dalam pemanduan pelancongan “on-site”. Ini termasuk pendedahan kepada mengendalikan aktiviti-aktiviti pra-lawatan, mengendalikan lawatan, melakukan komentar pelancongan “on-site” sama ada di pusat-pusat interpretasi pelancongan seperti di muzium, galeri, zoo, taman tema, homestay dan lain-lain.
LAWATAN-LAWATAN YANG DIKENDALIKAN OLEH PELAJAR SMK 3 KK JERAI

Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus pelancongan terutama SMK 3, pelajar-pelajar ini perlu mengendalikan beberapa lawatan di dalam tempo 4 bulan pembelajaran. Di dalam proses pembelajaran ini mereka membuat beberapa tugasan dan pencarian maklumat bagi menjual pakej kepada orang awam dan mengendalikan lawatan tersebut. Melalui blog ini di harap KK Jerai dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk mempromosikan pakej mereka di samping mempelajari menggunakan teknologi maklumat sebagai sumber alternatif untuk meningkatkan kemahiran dan juga mendapatkan pelancong mereka sendiri.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi KKJerai bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Di dalam blog ini juga akan di masukkan maklumat aktiviti-aktiviti pelajar yang telah melaksanakan pakej lawatan mereka dengan jayanya. Pelajar-pelajar ini juga boleh di beri kredit tambahan kerana mereka mampu untuk membuat dan menjual pakej mereka sendiri dan mendapatkan pelancong bagi mengaplikasikan apa yang telah di ajar oleh pensyarah pelancongan mereka di KKJERAI.......TAHNIAH.....di ucapkan dan pakej-pakej lawatan ini di tawarkan pada setiap sesi kemasukan iaitu pada Jan dan Julai.