Saturday, 30 March 2013

AKTIVITI PEMANDU PELANCONG ALAM SEMULAJADI (SMK2)


AKTIVITI-AKTIVITI SMK 2

Program Lawatan Amali yang di kendalikan selama 3 hari 2 malam di kem Lovely Sri Organik Center telah memberikan banyak pengalaman dan juga pengajaran kepada pelajar dan juga pensyarah yang terlibat. Di sini pelajar perlu melakukan aktiviti eko pelancongan darat dan juga membuat komentar berkenaan latih amali yang di jalankkan di sana. Sepanjang program di sana pelajar perlu memasak sendiri makanan dan melakukan solat berjemaah di samping melakukan aktiviti-aktiviti riadah di sana.

Program yang di jalankkan juga termasuk taklimat berkenaan Lovely Sri Organik dan cara penanaman padi mengikut syariat islam oleh En. Zakaria yang merupakan pengusaha kem tersebut. Tambahan pula En. Zakaria merupakan Mejar bersara dan ini memudahkan proses amali yang di jalankkan di sana. Program 3 hari di kem tersebut, pelajar SMK 2 perlu melalui aktiviti perkhemahan, membuat ikatan dan memasang khemah yang terdiri dari khemah igloo, khemah ponco dan khemah cara survival di dalam hutan. Selain itu, pelajar juga melakukan aktiviti jungle trecking bersama anggota Perhebat dan juga En. Zakaria.

Di sepanjang aktiviti jungle trecking pelajar di ajar untuk mengenali tumbuh-tumbuhan asli atau hutan balak, tumbuh-tumbuhan yang di gunakan dalam perubatan tradisional dan juga tumbuhan yang boleh di gunakan untuk berburu. Pelajar juga di kehedaki untuk membuat komentar berkenaan tumbuh-tumbuhan tersebut. En Zakaria juga mengajar bagaimana untuk hidup secara ikhtiar kepada pelajar di dalam hutan ataupun di panggil Survival.

Pelajar-pelajar SMk 2 juga di dedahkan dengan cara penanaman padi secara organik dan membuat komentar bagi menerangkan proses tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar juga di ajar untuk menyediakan peralatan memancing secara tradisional dan melakukan aktiviti memancing di kolam ikan yang terdapat di kem tersebut. Di sini pelajar-pelajar amat seronok dan teruja dengan pendedahan yang di alami oleh mereka. Pada hari yang terakhir pelajar perlu melakukan aktiviti memasak menggunakan Rangsom  secara Survival. Melalui aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung modul yang di ikuti di dalam kelas dapat di kongsi secara realiti dan pelajar memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah di dalam kelas. Selain daripada itu ia juga merupakan pengalaman yang dapat di kongsi dan di ceritakan kepada pelancong oleh pelajar-pelajar ini bagi memantapkan kemahiran interpersonal apabila mereka tamat dan bekerja di dalam bidang kerjaya sebagai Pemandu Pelancong Alam Semulajadi.








LOVELY SRI ORGANIK CENTRE

Program latih amal yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar SMK 2 ini memilih Lovely Sri Organik Center kerana kawasannya yang strategik dan bersesuaian dengan eko-pelancongan alam semulajadi. Lovely Sri Organik mendapat nama daripada “Lintang Organik Valley” yang berlokasi di Kampung Lintang, Belantik Sik Kedah. Kawasan ini merupakan kawasan Eko-Pelancongan yang merupakan tempat penyelidikan penanaman padi secara organik yang di kendalikan oleh En Zakaria Kamantasha. Projek penanaman padi secara organik ini merupakan inisiatif Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Koperasi Agro Belantik Sdn Bhd. Untuk masyarakat daerah Sik khususnya dan masyarakat luar bandar di negara ini amnya. Terdapat beberapa IPTA yang bekerjasama dengan pusat ini antaranya UUM,USM,MARDI dan beberapa agensi pertanian yang lain. Selain daripada itu, Penyelidik Pusat Pengajian Teknologi dan Logistik (STML), UUM College of Business, berjaya mempromosikan kaedah alternatif penanaman padi yang dapat meningkatkan lagi pengunaan tanah yang terbiar dan hasil padi secara bersama KEDA.

Menerusi kerjasama ini, Kolej Komuniti Jerai juga mengambil peluang untuk sama-sama menjalinkan hubungan secara koleberasi dari segi Pelancongan Eko yang mana produk yang ada di Lovely Centre ini akan di promosikan sebagai kawasan pelancongan baru dalam Pelancongan Eko. Pelajar-pelajar SMK 2 dapat mempelajari teknik-teknik penanaman padi secara organik dan sekaligus dapat menjadi pemandu pelancong di situ dengan menerangkan tempat tersebut kepada pelancong luar. Sehingga kini Lovely Centre telah menerima kunjungan dari pelancong Laos, Kemboja, Perancis dan Jerman yang mana mereka inginkan tempat yang jauh dari kawasan bandar untuk berehat serta mempelajari sesuatu yang baru. Di Lovely Center ini juga mempunyai kemudahan penginapan secara pondok dan juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk aktiviti jungle trecking, perkhemahan, memancing dan mempelajari flora dan fauna memandangkan ia berada di lokasi hutan bersempadan Thailand.

Kolej komuniti Jerai juga telah di pertangungjawabkan oleh Lovely Organic Center untuk menanam padi dan melakukan proses melandak, membaja, meracun dan seterusnya menuai hasil tanaman tersebut. Pihak Kolej Komuniti Jerai amat bertuah dan berbesar hati untuk menerima kepercayaan yang di berikan dan sehingga kini pelajar-pelajar SMK 2 telah pun melalui proses melandak sebanyak 3 kali dan akan meneruskan proses penanaman padi sehingga ke peringkat penuaian. Hasil daripada program kerjasama ini pelajar dapat mempelajari serta memahami bagaimana peningkatan hasil padi dapat meningkat dengan menggunakan kaedah yang diketengahkan iaitu pengunaan satu biji benih padi yang ditanam cetek, jarak tanaman, anak semaian muda, pengawalan air, proses mengembur anak padi pada usia 10, 20, 30, 40 hari dan pengunaan baja organik yang di hasilkan daripada siput gondang, umbi pisang, rebung, rumput dan lain-lain lagi.







 

Wednesday, 23 January 2013

AKTIVITI LAWATAN 2012

AKTIVITI LAWATAN 2012
Lawatan ini merupakan lawatan yang telah di kendalikan oleh pelajar SMK 3 pada sesi 2012. Di sini saya masukkan contoh lawatan sebagai panduan dan juga makluman kepada pengunjung bagi mengetahui aktiviti yang di jalan oleh pelajar SMK 3 di kolej komuniti Jerai. Di harap maklumat itinerari ini dapat menggambarkan bahawa pelajar kolej berkelayakan dan berkemahiran serta mampu menyahut cabaran yang perlu di pikul oleh mereka sebagai pelajar yang berkelayakan SIJIL.......
LAWATAN KE GENTING HIGLANDS DAN KUALA LUMPUR














HARI PERTAMA (6/9/2012):


10.00 MALAM : SEMUA PELANCONG BERKUMPUL DI KOLEJ KOMUNITI JERAI.
10.30 MALAM : SEMUA PELANCONG DIMINTA MENGISI KAD TEMPAHAN PELANCONG DAN NAMECARD DIEDARKAN OLEH TOUR LEADER.
11.00 MALAM : SESI TAKLIMAT RINGKAS DIADAKAN OLEH PIHAK TOUR LEADER KEPADA SEMUA PELANCONG.
12.00 MLM : SEMUA PELANCONG BERSEDIA UNTUK BERTOLAK KE gENTING hIGLANDS.

HARI KEDUA (7/9/2012):
2.00 PAGI : BERHENTI BEREHAT DI HENTIAN REHAT BUKIT GANTANG, DI SINI PELANCONG DIBENARKAN UNTUK AKTIVITI BEBAS CONTOHNYA MAKAN DAN KE TANDAS.
2.30 PAGI : MENERUSKAN PERJALANAN KE GENTING HIGLANDS
5.00PAGI : BERHENTI REHAT DI HENTIAN REHAT ULU BERNAM, DI SINI PELANCONG DIMINTA UNTUK MELAKUKAN PERSIAPAN DIRI CONTOHNYA MANDI, SOLAT SUBUH DAN SARAPAN PAGI.
7.30 PAGI : MENERUSKAN PERJALANAN UNTUK KE GENTING HIGLANDS THEME PARK.
9.00 PAGI : TIBA DI SKYWAY, DI SINI SEMUA PELANCONG DIMINTA UNTUK MENUNGGU SEBENTAR KERANA PIHAK TOUR LEADER INGIN MENDAPATKAN TIKET UNTUK MENAIKI KERETA KABEL.
10.00 PAGI : SEMUA PELANCONG TELAH MEMASUKI TAMAN TEMA GENTING HIGLANDS DAN DI SINI TOUR GUIDE TELAH MEMBERIKAN TAKLIMAT RINGKAS DAN SEMUA PELANCONG DI BENARKAN MELAKUKAN AKTIVITI BEBAS.
5.30 PTG: SEMUA PELANCONG BERKUMPUL DI SKYWAY UNTUK MENAIKINYA PULANG KE TEMPAT PARKING BAS.
6.00 PTG : MENERUSKAN PERJALANAN KE KUALA lUMPUR
6.30PTG : TIBA DI HOSTEL RUMAH HIJAU, PELANCONG DI MINTA BEREHAT DAN MELAKUKAN PERSIAPAN DIRI UNTUK AKTIVITI BARBEQUE.
8.30 MALAM : AKTIVITI MAKAN MALAM (BBQ) BERSAMA PELANCONG.
11.30 MALAM : SEMUA PELANCONG PULANG KE BILIK MASING-MASING UNTUK BEREHAT
HARI KETIGA (8/9/2012):
7.00 PAGI : SARAPAN PAGI
8.30 PAGI : LAWATAN KE CITY TOUR DENGAN MENAIKI HOP-ON HOP- OFF BUS.
11.00 PAGI : AKTIVITI MEMBELI BELAH DI KLCC.
2.30 PTG : SHOPPING DI JALAN TAR DAN SOGO
5.00 PTG : BERTOLAK PULANG KE KOLEJ KOMUNITI JERAI.
7.30 MLM : BERHENTI REHAT DI HENTIAN REHAT TAPAH UNTUK MAKAN DAN SOLAT.
11.00 MALAM : TIBA DI KOLEJ KOMUNITI JERAI.
RM 140.00 SEORANG
PAKEJ TERMASUK PERGI DAN BALIK, BAYARAN TEMPAT MASUK, PENGINAPAN, PENGANGKUTAN, PEMANDU PELANCONG. PAKEJ INI TERMASUK bbq DAN SARAPAN PAGI.
TIDAK TERMASUK MAKAN TENGAHRI DAN PERBELANJAAN PERSENDIRIAN ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI.
NOTA: LAWATAN INI DI KENDALIKAN  SEPENUHNYA OLEH PELAJAR SMK 3 KOLEJ KOMUNITI JERAI GUAR CHEMPEDAK SESI JULAI 2012 UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN BAGI MODUL SMK 3 IAITU KETUA ROMBONGAN PELANCONGAN.
* * * JADUAL PERJALANAN BOLEH BERUBAH-UBAH MENGIKUT KEADAAN DARI MASA KE SEMASA.